Tuesday 20 December 2011

Pesta Pulau Pinang

Sejak dua hari yang lalu saya berada di USM, pulang sebentar berjumpa dengan pensyarah berkenaan urusan thesis. Dan sementelah berada di sini, saya mengambil peluang berjumpa dan bertanya khabar dengan sahabat-sahabat di sini, bersembang melepaskan rindu dan catching up with each other's life..=)

Malam tadi selepas makan malam...
"Kak, kita pi pesta Pulau Pinang nak tak?"
"Erk? Sekarang? Tak payah salin baju ka?" Saya memakai baju kurung sejak dari pagi.
"Haah, sekarang lah. jom.."

Saya pun terus bersetuju. Especially sebab sepanjang 6 tahun di Penang, saya tidak pernah sekali pun menjejakkan kaki ke sana. Atas sebab sifat inkuiri yang tinggi (ha ha ha) dan selepas meminta izin dengan en suami saya, maka kami pun terus ke tapak pesta. 

Ramai benar manusia di sana!

Sepanjang 1 jam lebih di sana, saya bermuhasabah diri. Melihat keadaan orang-orang Islam, orang-orang melayu, saya jadi sedih sendiri. Entah.

Dari satu sudut, benar bahawa pesta ini membawa peluang ekonomi kepada penduduk Penang, especially orang melayu. Kebanyakan penggerai, mungkin sekitar 80% - 90% adalah melayu. Charge parking sudah RM 4, kebanyakannya dijaga oleh orang melayu atau india. Bayaran masuk pula RM3 untuk dewasa.

Banyak benar sumber hiburan di situ. Ada 2-3 pentas disediakan. Lagu-lagu cinta berkumandang memekakkan telinga sepanjang masa. Di lokasi permainan, pelbagai permainan boleh dicuba, dengan membeli token-token yang disediakan. Roller coaster etc etc..Boleh bergegar otak dan tercabut jantung kalau naik mainan tu..=p 

Surau juga ada disediakan. Besar. Boleh menampung jumlah yang ramai. Tapi tak tahulah...

Pengunjung tak putus-putus tiba. Ibubapa dengan anak-anak kecil, sesetengahnya masih berbaring dalam stroller, turut mengunjungi tapak pesta. Perlukah begitu? Anak-anak sekecil tu sebetulnya tidak perlu dibawa ke tempat-tempat awam begitu, kurang baik untuk kesihatan mereka. Tapi, entahlah..

Saya berfikir sambil berjalan menyelusuri ruang antara gerai. Kisah ekonomi. Adakah kuasa ekonomi orang melayu hanya di pesta dan pasar malam? Jika berkunjung ke Queensbay contohnya, siapa pengunjung utama mereka? Kaum cina kan? Kuasa ekonomi mereka besar. Kenapa dengan orang melayu?

Saya berfikir tentang pengunjung yang memilih untuk menaiki permainan-permainan di situ. Jika ditakdirkan satu skru tercabut, berlaku kerosakan pada alat tersebut di kala ia sedang berputar laju, apakah jika mereka mati, mati itu dalam husnul khatimah? Saya juga pernah naik permainan sebegitu di Sunway Lagoon dan Genting, dan pada malam tadi, saya muhasabah diri sendiri.

Saya juga terfikir, pukul berapa agaknya para penggerai ini pulang ke rumah untuk tidur? Bagaimanakah subuh mereka?

Astaghfirullah. Golongan muslim di akhir zaman ini..sungguh sukar mencari mukmin di tengah-tengah lautan muslim!