Sunday 23 October 2011

Buku dan Ilmu

"Ada sorang tu kan, dia suka sangat baca novel.." perli suami saya kepada saya. Saya tersengih saja, sambil memikirkan apa balasan yang sesuai.

"Ada sorang tu pulak kan, suka sangat baca buku berat-berat. Isu pemikiran lah, isu dunia lah..eii, dengar tajuk pun dah sakit kepala.." Balas saya, memulangkan paku buah keras.

"Yelah, topik-topik macam tu baru menjadikan kita matang.." Balas suami saya pula.

Terdiam saya..lalu tersengih.."Takpelah, abang je lah yang matang. Saya tak payah matang...hehehhe..." Balas saya, sekadar mengusik.

"Tak nak matang ye.." Suami saya membuntangkan matanya.

Suami saya sangat suka membeli buku. Hampir setiap minggu ada saja buku baru yang dibelinya. Kadang-kala ada jugak saya membelek-belek buku yang bertimbun tu, tapi setakat membelek saja lah. Kalau saya perlukan bahan bacaan, saya akan mencari buku yang isinya paaaallliiiiinnng ringan antara semua buku-buku tu.

Saya memang sukakan buku cerita. Jadi, selalunya buku suami saya yang berbentuk sirah dan sejarah khilafah  terdahulu yang menjadi sasaran saya. Kalau buku-buku lain, contohnya buku bertajuk "Sejarah Pemikiran 2"..errrkkkk...tengok muka depan pun dah terasa aura migrain datang.

Mungkin itu sekadar mind set saya. Cuma buat masa sekarang ni belum ada kekuatan untuk mengubah mind set sebegitu. Mungkin di masa depan saya akan punya kekuatan untuk menyelak dan mengkaji pelbagai ilmu yang ada dalam buku-buku itu, iALLAH. Lebih-lebih lagi buat masa sekarang masih terikat dengan urusan-urusan research. Maka pelbagai bacaan saintifik yang perlu saya kaji sudah cukup berat buat kepala saya. Tidak mampu jika ditambah lagi.huuu~

Tapi saya merasakan, keupayaan pemikiran dan ingatan lelaki sememangnya berbeza dengan perempuan. Iya, sementelah logik akalnya sembilan berbanding satu pada perempuan. Maka kapasiti otaknya juga berbeza. Sebagai pelindung bagi perempuan, wajar untuk para lelaki menguasai pelbagai jenis ilmu pengetahuan moga dengannya keluarga yang dibina tidak akan ditipu dan diselewengkan oleh orang yang tidak bertanggungjawab.

So abang, please read more books!^^, I am definitely supporting you..=)

Sunday 16 October 2011

My dear grandma..

Tiba-tiba tok mama (nenek saya, kami gelarnya begitu) telefon rumah. Katanya mau bercakap dengan saya. Saya sudah menjangkakan topik yang ingin tok mama sampaikan, sementelah tadi mama telah bagitau pada saya akan permintaan tok mama.

"Assalamualaikum, tok mama..sihat?" Saya memulakan bicara.

"Sihat, alhamdulillah. Ni nak ajak p rumah tok jah esok. Boleh ka? Kalau zikri nak p la.." Tok mama menyampaikan hasrat hatinya, mau melawat kakak iparnya, a.k.a nenek saudara saya yang tinggal di Jalan Maktab, KL.

"Erm..." Saya cuba memikirkan respon yang terbaik. Suami saya telah mengatakan kalau boleh beliau mau berehat saja di rumah, melangsaikan urusan asignment beliau yang masih tertangguh dek kesibukan kerja.

Tok mama lantas menyambung,
"Tapi tok mama dah habaq dah kat tok jah kata nak mai esok petang.."

Loh, kata saya dalam hati. Nasib belum jawab lagi. Kalau kami katakan tak boleh mungkin hati tuanya rasa sedih pula.

Saya lantas membuat keputusan, dengan harapan dan berdoa dalam hati moga suami saya tidak keberatan dengan rancangan tok mama ini.

"Oklah tok mama, esok petang kami mai amik tok mama dalam pukul 2.30 ya.."

"Ha, baguih baguih..nak p ambik tok icah sekali tau.."

Pulak. Begitu 'baik' sekali perancangan tok mama ni. Sudah diajaknya sekali adiknya, tok icah yang tinggal di TTDI.

Alhamdulillah suami saya tidak keberatan, dan esoknya, dalam lebat hujan, kami menjemput tok mama dan tok icah dan terus memandu perlahan melalui Penchala Link dan DUKE menuju ke Kuala Lumpur. (Suami saya bawak 80 km/j saja..tergelak saya melihat dia terpaksa memandu dengan berhati-hati dan perlahan, sementelah membawa dua orang tua di dalam kereta!=p)

Sepanjang di rumah tok jah, mereka bertiga bersembang dengan amat ceria. Ditambah dengan kehadiran anak-anak tok jah, pelbagai cerita-cerita lama diungkit, bergelak ketawa dan nampak raut gembira di wajah kedua-dua mereka. Usik mengusik saling berbalas, makanan yang dihidang juga disantap dengan amat berselera.

Pabila melihat mereka berdua, saya terfikir, hurm, kalau dipanjangkan umur, satu hari nanti saya juga akan berada pada kedudukan mereka. Tua dan kesunyian. Mengharapkan anak cucu untuk menghiburkan dan membawa meronda kota, bertemu sanak saudara. Tidak wajar rasanya membiarkan keinginan-keinginan mereka tidak terpenuhi di usia tua mereka. Moga di usia tua kami nanti kami juga akan dihiburkan dan dilayan oleh anak cucu dan tidak terpenjara dalam kesunyian hidup yang bisa saja membawa maut..~~

Tok mama on her 80th birthday doa
selamat ceremony in December 2010.

Tok mama and tok jah.





Luv you, tok mama!^^,

Saturday 8 October 2011

Sunnah menjaga kesihatan diri cara Rasulullah s.a.w


Kaedah menjaga kesihatan diri seperti yang ditunjukkan dalan sunnah Rasul s.a.w, namun ramai antara kita jarang mengamalkannya. Rasul s.a.w tidur awal di malam hari, untuk bangun qiamullail, tapi kita tak tidur di malam hari, asyik melayan internet, facebook, twitter, chatting etc etc..sampai subuh pun terlalai terlepas.

Sama-samalah kita fikirkan..=)

Wednesday 5 October 2011

Budak sekolah..

Sudah lama rasanya tak keluar di awal pagi dengan pelajar-pelajar sekolah. Kalau zaman kanak-kanak dulu, seawal 6.30 pg dah siap dan ayah akan hantar ke tempat tunggu bas. Then berdiri tegaklah kami di tepi jalan raya yg sibuk sampai bas sampai..hurm..kenangan..


Justeru, tatkala pagi tadi 'berpeluang' keluar awal pada jam 7 pg (sb sekali lagi ikut en suami ke ofis, minta tlg beliau hantarkan ke perpustakaan negara), sy melihat keadaan sesetengah anak-anak sekolah zaman ini sudah amat terlalu manja. Ibu ayah hantar sampai depan pintu sekolah, tlg pakaikan beg etc etc.. Bukan saya nk kisah sangat pun, tp 'keprihatinan' ibu ayah tu mengundang kesesakan lalu lintas di kawasan depan sekolah, sekaligus melambatkan orang lain..hoho..memguji kesabaran sungguh.

Ini adalah salah satu bentuk sifat dependance yang dibentuk oleh ibu bapa terhadap anak-anak. Sampai kadang-kadang hingga ke sekolah menengah pun masih dimanja sedemikian rupa. Pada saya, anak-anak perlu dibiarkan berdikari seawal mungkin. Berdikari dari pelbagai sudut; penjagaan diri, kewangan dan komunikasi dengan masyarakat. Setidaknya kalau kita masih ragu, just perhatikan saja dia dari jauh, utk pastikan dia selamat dalam tindakannya.

Menyebut tentang isu ini, saya teringat cerita daripada anak Imam Hasan Al-Banna dalam buku bertajuk 'Cinta di rumah Hasan Al-Banna'. Cerita tentang bagaimana As Syahid Imam Hassan melatih sifat berdikari dalam pengurusan kewangan anak-anaknya.

Anak Imam ini menceritakan bahawa ayahnya setiap minggu akan memberikan duit poket kepada anak-anaknya.Sebahagian daripada duit ini diamanahkan untuk diinfaqkan. As Syahid Imam justeru membiarkan si anak berdikari dan membuat pilihan, bagaimana utk membelanjakan duit yg diberinya. Dalam diam, si anak dididik untuk bersifat amanah dgn tanggungjawab yang diberikan.

Sebagai usaha memastikan anaknya benar-benar melaksanakan amanah itu, As Syahid Imama meminta salah seorang Ikhwan untuk mengintip dari jauh tindakan si anak, apakah dia menjalankan amanah ayahnya atau tidak. Tatkala si anak menyedari perbuatan si ayah, dia berasa sangat dikasihi oleh si ayah, kerana walaupun kelihatan si ayah melepaskannya bebas, namun masih dalam pantauan dan pengetahuan ayahnya.

Ini merupakan salah satu contoh yang sy fikir wajar kita renungkan. Saya pun belum ada pengalaman menjaga anak sendiri, dan sy tahu saya tidak mempunyai kredibiliti untuk bercakap panjang pasal isu penjagaan anak. Ini cuma berdasarkan pemerhatian saya kepada keadaan masyarakat kebelakangan ini. Mana yang baik, boleh lah diambil sebagai pengajaran. Yang salah mohon ditunjukkan..=)

Tuesday 4 October 2011

Kemalangan itu

Pagi tadi saya menghantar en suami ke ofis beliau di Jalan Semarak, KL. Dalam perjalanan, baru melepasi tol kota damansara, kereta mula bergerak perlahan, amat perlahan. Pelik, kata suami saya. Biasanya waktu-waktu begitu, sekitar jam 7.10 am, jalan masih lancar, kereta bisa meluncur laju terutama di lane paling kanan yang menjadi kegemaran suami saya (sabar saja lah-selalu jantung saya hampir tercabut melihat caranya memandu..-_-).

Radio yang sedia terpasang saya kuatkan, menunggu maklumat traffik. Sinar FM memaklumkan terdapat kemalangan yang melibatkan 5 biji kereta berhampiran tol Jalan Duta! Ya ALLAH..kami di kota damansara telah merasai jem akibat kemalangan dekat tol Jalan Duta. Adalah dalam 6-7 km jarak jem tersebut. Menyesakkan dada.

Suami saya lantas menukar haluan melalui MRR2 terus ke pusat bandar, dan kami tiba di opis beliau 7 minit sebelum waktu punch card tamat..fyuhh, alhamdulillah -_-'

Saban hari ada sahaja kes-kes kemalangan yang berlaku. Jika diteliti, saya fikir tiada satu hari pun yg bebas daripada kemalangan jalanraya di Malaysia ini. Mengapa ya?

Entah. Saya lebih suka membiarkan persoalan ini untuk difikirkan oleh semua pemandu-pemandu di luar sana.

Tapi pada pandangan saya, sedikit sebanyak ia disebabkan rasa tidak sabar dalam diri pemandu. Padahal sifat sabar adalah sebahagian daripada IMAN. Senang dikata sukar dilaksana. Memang, saya juga mengakuinya.

Lawan kepada sabar adalah terburu-buru, yang merupakan sifat syaitanurrajim. Syaitan membisikkan pada telinga si pemandu; "eiii, lembablah kereta depan ni. Menyampah..ikut rapat-rapat sikit, biar dia takut.."

Dan kita pun semakin rapat dengan kereta depan.

Tiba-tiba kereta depan berhenti mengejut. Dan kita dengan selamatnya telah menghentam bumper kereta depan. Keluar duit membaiki kereta. Tambah menerukkan, kos membaiki kereta depan pun kita yang kena tanggung. Hah, tak pasal-pasal!

Kemalangan itu sebenarnya adalah suatu kejadian yang preventable. Jika kita mengikuti peraturan jalan raya dengan baik. Kalau rasa sudah terlupa dengan peraturan jalan raya tu, cari semula buku lesen L kita dulu, baca semula.

Prevention is always better than cure..!=)

Sunday 2 October 2011

tudung oh tudung

Belakangan ini banyak benar fesyen-fesyen tudung terbaru. Yang rama-ramanya (bak kata adik saya), yang berbelit nya, yang awningnya...macam-macam lagi. Jenis kain juga berbeza-beza; kain bawal, chiffon, jersey etc etc..nak menyenaraikan pun tak terlarat rasanya. Fenomena fesyen pelbagai ini sedikit sebanyak saya fikir dipengaruhi oleh globalisasi dan integrasi fesyen nusantara dengan timur tengah, dari negara-negara arab, hinggalah ke fesyen dari Indonesia. Tak kurang juga fesyen-fesyen yang direka oleh artis-artis tempatan, sekadar untuk mereka ternampak unik daripada orang kebanyakan.

 

 

 


Firman ALLAH s.w.t dalam surah An-Nur ayat 31;
"....Dan hendaklah mereka menutupkan kain kerudung ke dadanya.."

Iya, antara lain dalam ayat ini ALLAH s.w.t telah meletakkan garis penentuan tentang sifat jilbab itu, iaitu ia mestilah melepasi paras dada seorang muslimah, demi melindungi perhiasan yang telah ALLAH jadikan khas buat suaminya. Demi mengelakkan renungan daripada lelaki-lelaki yang tidak menjaga pandangan mereka, demi menjaga kesucian dan sifat eksklusif dari diri seorang muslimah, hanya untuk si suami. Segalanya disimpan hanya untuk seorang. Sangat eksklusif! Beruntunglah yang seorang itu. Si suami yang dianugerahi isteri yang memelihara diri sepanjang hidupnya hanya untuk si suami.

Berbalik kepada isu tudung tadi, dalam ayat 31 surah An-Nur ini, ALLAH tidak menyatakan secara spesifik jenis tudung yang disyariatkan, warnanya, jenis kainnya dan apa-apa lagi, bersesuaian dengan hikmah sifat Al-Quran itu yang diturunkan dengan maksud yang general, supaya sesuai untuk sepanjang zaman. Namun Islam juga telah menggariskan beberapa sifat pakaian seorang muslimah, antaranya tidak nipis, tidak jarang, melindungi bentuk tubuh muslimah itu, warna yang tidak menarik perhatian dan ada beberapa ciri lagi.

Makanya, dalam membuat pilihan tudung juga wajiblah bagi kita mengikuti ciri pemakaian muslimah yang telah Islam gariskan ini. Tiada masalah jika mahu memilih fesyen tudung bagaimanapun, cuma perlulah disesuaikan dengan garis panduan Islam : melepasi paras dada, tidak jarang, tidak mengikut bentuk leher, warna yang tidak terlalu garang seperti merah hati, pink pekat, dan warna-warna striking yang lain, macam warna highlighter. Cukuplah warna-warna tu jadi warna penghias dalam nota kuliah kita sahaja..^^,



Untuk sahabat-sahabat yang menjalankan bisnes penjualan tudung juga, pilihlah jenis tudung yang hendak di jual. Semalam saya tersentak bila melihat iklan di FB tentang tudung Siti Nurhaliza..tudung ala-ala showercap..sungguh tidak wajar jika kita menjual tudung tersebut. Secara tidak langsung, mungkinkah kita juga akan mendapat saham kepada dosa si pembeli tatkala dia memakainya? Astaghfirullah..=(

Memakai tudung itu bukan sekadar satu bentuk fesyen pakaian, ia lebih daripada itu. Memakai tudung merupakan suatu suruhan ALLAH, perintah ALLAH yang jelas-jelas telah dinyatakan dalam Al-Quran. Tiada keraguan dalam perintah itu. Jika kita beriman dengan Al-Quran sebagai kitab yang diturunkan ALLAH kepada Rasulullah s.a.w, makanya wajiblah kita mengambil dan melaksanakan perintah ALLAH ini semampu dan sesempurna mungkin. 

ALLAH melihat dan menilai kita sebagai hambanya.