Tuesday 4 October 2011

Kemalangan itu

Pagi tadi saya menghantar en suami ke ofis beliau di Jalan Semarak, KL. Dalam perjalanan, baru melepasi tol kota damansara, kereta mula bergerak perlahan, amat perlahan. Pelik, kata suami saya. Biasanya waktu-waktu begitu, sekitar jam 7.10 am, jalan masih lancar, kereta bisa meluncur laju terutama di lane paling kanan yang menjadi kegemaran suami saya (sabar saja lah-selalu jantung saya hampir tercabut melihat caranya memandu..-_-).

Radio yang sedia terpasang saya kuatkan, menunggu maklumat traffik. Sinar FM memaklumkan terdapat kemalangan yang melibatkan 5 biji kereta berhampiran tol Jalan Duta! Ya ALLAH..kami di kota damansara telah merasai jem akibat kemalangan dekat tol Jalan Duta. Adalah dalam 6-7 km jarak jem tersebut. Menyesakkan dada.

Suami saya lantas menukar haluan melalui MRR2 terus ke pusat bandar, dan kami tiba di opis beliau 7 minit sebelum waktu punch card tamat..fyuhh, alhamdulillah -_-'

Saban hari ada sahaja kes-kes kemalangan yang berlaku. Jika diteliti, saya fikir tiada satu hari pun yg bebas daripada kemalangan jalanraya di Malaysia ini. Mengapa ya?

Entah. Saya lebih suka membiarkan persoalan ini untuk difikirkan oleh semua pemandu-pemandu di luar sana.

Tapi pada pandangan saya, sedikit sebanyak ia disebabkan rasa tidak sabar dalam diri pemandu. Padahal sifat sabar adalah sebahagian daripada IMAN. Senang dikata sukar dilaksana. Memang, saya juga mengakuinya.

Lawan kepada sabar adalah terburu-buru, yang merupakan sifat syaitanurrajim. Syaitan membisikkan pada telinga si pemandu; "eiii, lembablah kereta depan ni. Menyampah..ikut rapat-rapat sikit, biar dia takut.."

Dan kita pun semakin rapat dengan kereta depan.

Tiba-tiba kereta depan berhenti mengejut. Dan kita dengan selamatnya telah menghentam bumper kereta depan. Keluar duit membaiki kereta. Tambah menerukkan, kos membaiki kereta depan pun kita yang kena tanggung. Hah, tak pasal-pasal!

Kemalangan itu sebenarnya adalah suatu kejadian yang preventable. Jika kita mengikuti peraturan jalan raya dengan baik. Kalau rasa sudah terlupa dengan peraturan jalan raya tu, cari semula buku lesen L kita dulu, baca semula.

Prevention is always better than cure..!=)

No comments:

Post a Comment