Sunday 16 October 2011

My dear grandma..

Tiba-tiba tok mama (nenek saya, kami gelarnya begitu) telefon rumah. Katanya mau bercakap dengan saya. Saya sudah menjangkakan topik yang ingin tok mama sampaikan, sementelah tadi mama telah bagitau pada saya akan permintaan tok mama.

"Assalamualaikum, tok mama..sihat?" Saya memulakan bicara.

"Sihat, alhamdulillah. Ni nak ajak p rumah tok jah esok. Boleh ka? Kalau zikri nak p la.." Tok mama menyampaikan hasrat hatinya, mau melawat kakak iparnya, a.k.a nenek saudara saya yang tinggal di Jalan Maktab, KL.

"Erm..." Saya cuba memikirkan respon yang terbaik. Suami saya telah mengatakan kalau boleh beliau mau berehat saja di rumah, melangsaikan urusan asignment beliau yang masih tertangguh dek kesibukan kerja.

Tok mama lantas menyambung,
"Tapi tok mama dah habaq dah kat tok jah kata nak mai esok petang.."

Loh, kata saya dalam hati. Nasib belum jawab lagi. Kalau kami katakan tak boleh mungkin hati tuanya rasa sedih pula.

Saya lantas membuat keputusan, dengan harapan dan berdoa dalam hati moga suami saya tidak keberatan dengan rancangan tok mama ini.

"Oklah tok mama, esok petang kami mai amik tok mama dalam pukul 2.30 ya.."

"Ha, baguih baguih..nak p ambik tok icah sekali tau.."

Pulak. Begitu 'baik' sekali perancangan tok mama ni. Sudah diajaknya sekali adiknya, tok icah yang tinggal di TTDI.

Alhamdulillah suami saya tidak keberatan, dan esoknya, dalam lebat hujan, kami menjemput tok mama dan tok icah dan terus memandu perlahan melalui Penchala Link dan DUKE menuju ke Kuala Lumpur. (Suami saya bawak 80 km/j saja..tergelak saya melihat dia terpaksa memandu dengan berhati-hati dan perlahan, sementelah membawa dua orang tua di dalam kereta!=p)

Sepanjang di rumah tok jah, mereka bertiga bersembang dengan amat ceria. Ditambah dengan kehadiran anak-anak tok jah, pelbagai cerita-cerita lama diungkit, bergelak ketawa dan nampak raut gembira di wajah kedua-dua mereka. Usik mengusik saling berbalas, makanan yang dihidang juga disantap dengan amat berselera.

Pabila melihat mereka berdua, saya terfikir, hurm, kalau dipanjangkan umur, satu hari nanti saya juga akan berada pada kedudukan mereka. Tua dan kesunyian. Mengharapkan anak cucu untuk menghiburkan dan membawa meronda kota, bertemu sanak saudara. Tidak wajar rasanya membiarkan keinginan-keinginan mereka tidak terpenuhi di usia tua mereka. Moga di usia tua kami nanti kami juga akan dihiburkan dan dilayan oleh anak cucu dan tidak terpenjara dalam kesunyian hidup yang bisa saja membawa maut..~~

Tok mama on her 80th birthday doa
selamat ceremony in December 2010.

Tok mama and tok jah.





Luv you, tok mama!^^,

No comments:

Post a Comment