Wednesday 5 October 2011

Budak sekolah..

Sudah lama rasanya tak keluar di awal pagi dengan pelajar-pelajar sekolah. Kalau zaman kanak-kanak dulu, seawal 6.30 pg dah siap dan ayah akan hantar ke tempat tunggu bas. Then berdiri tegaklah kami di tepi jalan raya yg sibuk sampai bas sampai..hurm..kenangan..


Justeru, tatkala pagi tadi 'berpeluang' keluar awal pada jam 7 pg (sb sekali lagi ikut en suami ke ofis, minta tlg beliau hantarkan ke perpustakaan negara), sy melihat keadaan sesetengah anak-anak sekolah zaman ini sudah amat terlalu manja. Ibu ayah hantar sampai depan pintu sekolah, tlg pakaikan beg etc etc.. Bukan saya nk kisah sangat pun, tp 'keprihatinan' ibu ayah tu mengundang kesesakan lalu lintas di kawasan depan sekolah, sekaligus melambatkan orang lain..hoho..memguji kesabaran sungguh.

Ini adalah salah satu bentuk sifat dependance yang dibentuk oleh ibu bapa terhadap anak-anak. Sampai kadang-kadang hingga ke sekolah menengah pun masih dimanja sedemikian rupa. Pada saya, anak-anak perlu dibiarkan berdikari seawal mungkin. Berdikari dari pelbagai sudut; penjagaan diri, kewangan dan komunikasi dengan masyarakat. Setidaknya kalau kita masih ragu, just perhatikan saja dia dari jauh, utk pastikan dia selamat dalam tindakannya.

Menyebut tentang isu ini, saya teringat cerita daripada anak Imam Hasan Al-Banna dalam buku bertajuk 'Cinta di rumah Hasan Al-Banna'. Cerita tentang bagaimana As Syahid Imam Hassan melatih sifat berdikari dalam pengurusan kewangan anak-anaknya.

Anak Imam ini menceritakan bahawa ayahnya setiap minggu akan memberikan duit poket kepada anak-anaknya.Sebahagian daripada duit ini diamanahkan untuk diinfaqkan. As Syahid Imam justeru membiarkan si anak berdikari dan membuat pilihan, bagaimana utk membelanjakan duit yg diberinya. Dalam diam, si anak dididik untuk bersifat amanah dgn tanggungjawab yang diberikan.

Sebagai usaha memastikan anaknya benar-benar melaksanakan amanah itu, As Syahid Imama meminta salah seorang Ikhwan untuk mengintip dari jauh tindakan si anak, apakah dia menjalankan amanah ayahnya atau tidak. Tatkala si anak menyedari perbuatan si ayah, dia berasa sangat dikasihi oleh si ayah, kerana walaupun kelihatan si ayah melepaskannya bebas, namun masih dalam pantauan dan pengetahuan ayahnya.

Ini merupakan salah satu contoh yang sy fikir wajar kita renungkan. Saya pun belum ada pengalaman menjaga anak sendiri, dan sy tahu saya tidak mempunyai kredibiliti untuk bercakap panjang pasal isu penjagaan anak. Ini cuma berdasarkan pemerhatian saya kepada keadaan masyarakat kebelakangan ini. Mana yang baik, boleh lah diambil sebagai pengajaran. Yang salah mohon ditunjukkan..=)

No comments:

Post a Comment