Sunday 2 October 2011

tudung oh tudung

Belakangan ini banyak benar fesyen-fesyen tudung terbaru. Yang rama-ramanya (bak kata adik saya), yang berbelit nya, yang awningnya...macam-macam lagi. Jenis kain juga berbeza-beza; kain bawal, chiffon, jersey etc etc..nak menyenaraikan pun tak terlarat rasanya. Fenomena fesyen pelbagai ini sedikit sebanyak saya fikir dipengaruhi oleh globalisasi dan integrasi fesyen nusantara dengan timur tengah, dari negara-negara arab, hinggalah ke fesyen dari Indonesia. Tak kurang juga fesyen-fesyen yang direka oleh artis-artis tempatan, sekadar untuk mereka ternampak unik daripada orang kebanyakan.

 

 

 


Firman ALLAH s.w.t dalam surah An-Nur ayat 31;
"....Dan hendaklah mereka menutupkan kain kerudung ke dadanya.."

Iya, antara lain dalam ayat ini ALLAH s.w.t telah meletakkan garis penentuan tentang sifat jilbab itu, iaitu ia mestilah melepasi paras dada seorang muslimah, demi melindungi perhiasan yang telah ALLAH jadikan khas buat suaminya. Demi mengelakkan renungan daripada lelaki-lelaki yang tidak menjaga pandangan mereka, demi menjaga kesucian dan sifat eksklusif dari diri seorang muslimah, hanya untuk si suami. Segalanya disimpan hanya untuk seorang. Sangat eksklusif! Beruntunglah yang seorang itu. Si suami yang dianugerahi isteri yang memelihara diri sepanjang hidupnya hanya untuk si suami.

Berbalik kepada isu tudung tadi, dalam ayat 31 surah An-Nur ini, ALLAH tidak menyatakan secara spesifik jenis tudung yang disyariatkan, warnanya, jenis kainnya dan apa-apa lagi, bersesuaian dengan hikmah sifat Al-Quran itu yang diturunkan dengan maksud yang general, supaya sesuai untuk sepanjang zaman. Namun Islam juga telah menggariskan beberapa sifat pakaian seorang muslimah, antaranya tidak nipis, tidak jarang, melindungi bentuk tubuh muslimah itu, warna yang tidak menarik perhatian dan ada beberapa ciri lagi.

Makanya, dalam membuat pilihan tudung juga wajiblah bagi kita mengikuti ciri pemakaian muslimah yang telah Islam gariskan ini. Tiada masalah jika mahu memilih fesyen tudung bagaimanapun, cuma perlulah disesuaikan dengan garis panduan Islam : melepasi paras dada, tidak jarang, tidak mengikut bentuk leher, warna yang tidak terlalu garang seperti merah hati, pink pekat, dan warna-warna striking yang lain, macam warna highlighter. Cukuplah warna-warna tu jadi warna penghias dalam nota kuliah kita sahaja..^^,



Untuk sahabat-sahabat yang menjalankan bisnes penjualan tudung juga, pilihlah jenis tudung yang hendak di jual. Semalam saya tersentak bila melihat iklan di FB tentang tudung Siti Nurhaliza..tudung ala-ala showercap..sungguh tidak wajar jika kita menjual tudung tersebut. Secara tidak langsung, mungkinkah kita juga akan mendapat saham kepada dosa si pembeli tatkala dia memakainya? Astaghfirullah..=(

Memakai tudung itu bukan sekadar satu bentuk fesyen pakaian, ia lebih daripada itu. Memakai tudung merupakan suatu suruhan ALLAH, perintah ALLAH yang jelas-jelas telah dinyatakan dalam Al-Quran. Tiada keraguan dalam perintah itu. Jika kita beriman dengan Al-Quran sebagai kitab yang diturunkan ALLAH kepada Rasulullah s.a.w, makanya wajiblah kita mengambil dan melaksanakan perintah ALLAH ini semampu dan sesempurna mungkin. 

ALLAH melihat dan menilai kita sebagai hambanya.


No comments:

Post a Comment